Thursday, August 11, 2011

Doa senjata umat islam


Doa. Doa ialah senjata untuk umat Islam. Bagi bukan Islam, doa juga ialah senjata bagi mereka mengikut kepercayaan masing-masing. Doa banyak cabangnya. Dia menghubungkan terus aku dan Tuhan. Begitu juga kau dan Tuhan. Allah SWT ialah tuhan aku.




Sepatutnya di dalam sembahyang kita membayangkan kita sedang berada di hadapan Tuhan kita. Mengabdikan diri untuk dia. Berinteraksi dengan dia. Dan lepas sembahyang untuk lebih berkesan, aku lebih suka mewujudkan doa dalam bahasa melayu di tengah2 doa bahasa Arab. Aku ni harap belajar bahasa arab dari tingkatan 1 sampai 5 tapi boleh lupa jugak. Bahasa arab sudahlah bahasa syurga.

Masa tu lah aku rasa aku nak berinteraksi dengan Allah SWT. Aku minta diperkuatkan iman. Berjaya dunia akhirat. Doa untuk mama abah. Keluarga. Kau juga boleh. Masukkan lah. Lepas sembahyang takda salahnya berdoa dengan bahasa Melayu untuk lebih kita faham dan hayati. Ingatlah, Tuhan tu Maha mendengar. Dia dengar semua doa hamba-hambanya.

Menangis lah dalam doa. Tazkirah terawikh semalam tadi kata, Al-Quran turun atas dasar kesedihan, berusahalah untuk menangis kalau membacanya. Begitu juga nikmat Ramadhan. usahalah untuk rasa nikmat itu. Dengan apa cara sekalipun. Begitu juga doa. Di hapuskan dosa. Di panjatkan umur. Kita meminta, kita melutut. Semakin gagah kita meminta, InsyaAllah, Dia akan perkenankan.

Aku? Apa lagi aku minta? Doa mengenai hati. Aku tak mahu jadi hamba Allah SWT yang cepat putus asa. Masa bukan penghalang untuk aku terus berdoa. Kalau jodoh tu ada, buanglah macam mana pun, masa akan bawa kau bersama dia. Kalau tidak, mintak lah Dia untuk memudahkan kau bergerak maju menjalani kehidupan secara normal.

Istiqarah jika perlu.

Doakan supaya ada petunjuk.

Dan jika jawapannya masih sama. Jangan pernah henti berdoa. Berdoa. Berdoa. Berdoa. Masa? Itu bukan musuh kita. Kau duduk, sandar, ambil lalang dan letak di bibir. Santai. Dia akan datang juga.



Selepas amin. Bangun dah hiruplah udara segar ini. Berterima kasih kerana masih kita berpeluang untuk hidunya.

2 comments: