Friday, August 19, 2011

Sayang


harini saya nak bercakap tentang sayang.

sayang, ialah perasaan random dan bukan boleh dirancang,
atau paksa, atau cuba atau pura-pura.

secara jujurnya, kita hanya akan sayang sesuatu yang cantik,
bukan buruk , hodoh atau serba kekurangan.
kerana, sayang seperti cermin mata ajaib.
seperti kata pepatah, beauty is in the eye of the beholder.
dan cantik pada saya tak semestinya cantik pada orang lain.

seorang lelaki yang kudung, dipandang sempurna oleh perempuan yang menyayanginya.
seorang perempuan yang gemuk, akan disentiasa dipandang cantik oleh lelaki yang mencintainya.


kerana seperti sepasang kasut, kita tidak memilih kasut kerana warna dan
jenamanya. tetapi, kita memilih kasut yang selesa untuk kita pakai sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment