Tuesday, July 5, 2011

Permudahkan jalannya Ya Allah


Beberapa jam lalu, aku chat dengan sahabat susah senang aku. Aku tahu dia sekarang berada dalam keadaan yang gelisah, takut dan perasaan yang aku pun tak tahu nak cakap sebenarnya. Dan sejujurnya aku merasa kesannya. Kemudian aku dapati dia 'posted a wall' dekat aku.


"sayang, aku off dulu. on sat ja pakai lappy room mate sebab nak hantaq assignment. nanti sembang lagi btw, tak payah risau sangat ok. aku ok ja InsyaAllah. doakan aku dalam setiap 5 waktu hang tau. sebab betul aku cakap, aku memang takut sangat2 nie. hurmm. InsyaAllah, kalau Allah izin, harap aku boleh okay macam dulu, nanti temankan aku kita lari satu alor star lepas aku balik dari klate ok? :DD ILOVE you sayang."


Tanpa aku sedari ketika aku membacanya, air mata aku jatuh di pipi. Aku tak dapat bayangkan kehidupan yang sedang dia tanggung selama ini. Suatu ketika dulu dia pernah meminta aku menolongnya akan tetapi aku tidak dapat penuhi bantuan itu. Apa yang aku dapat hanyalah sekalung doa setiap lima kali aku sujud kepadaNYA.

Aku dapat merasai kesedihan dalam setiap katanya. Dan kadang-kadang aku nak selalu medampinginya. Aku cuma ingin dia bahagia walau apa pun halangan yang akan dia tempuhi. Aku sayang sangat dekat dia. Walaupun persahabatan kami mencecah dua tahun tapi perjalanan hari-hari bersama dia bagaikan sudah lama. Aku sayang hang meena!

Saat aku menangis, saat aku sedang ingin rebah dan rapuh aku tetap akan luahkan segalanya untuk dia. Segala nasihat dia untuk aku ketika aku berada dalam kesusahan juga banyak mengajar aku erti kehidupan. Ingat lagi nasihat dia kepada aku "La tahqof wala tahzan inallah ha maana" - Jgn berduka, jgn bersedih sesungguhnya Allah sentiasa bersama kamu.


Aku cuma ingin menyampaikan sesuatu kepadanya.

" Meena, aku tahu kau tabah, sabar dan kuat untuk menghadapi ujian ini. Sememangnya kau seorang yang istimewa kerana diuji dengan ujian yang sehebat ini. Aku sebagai sahabat dan teman baik kau, tetap berdoa agar kau diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin."

2 comments: