Wednesday, October 26, 2011

Setiap manusia ada perasaan


Orang selalu lebih peka dengan orang yang berbadan gemuk dan sering menggunakan bahasa yang lebih tak sentap untuk memberitahu betapa gemuknya seseorang itu atau dia semakin gemuk. Contohnya macam makin berisi sekarang, makin happy sekarang atau semangatnya badan kau sekarang.

Kalau kau keluarkan statement 'Gemuknya kau sekarang!!'
Memang kau layak kena penampaq dengan selipar.

Sebenarnya aku nak kasitau kat sini yang sebenarnya bukan orang gemuk sahaja yang kita nak kena jaga hatinya. Orang kurus pun ada naluri sensitif. Aku tak berapa suka sangat la bila orang asyik cakap,

'Ya Allah kerempengnya kau nih, Jenab!'
'Kau ni makan ke tak? Macam orang Somalia dah aku tengok'
'Kalau ada ribut taufan mesti kau yang terbang dulu kan?'

HAHAHAHAHAHAHA.
Ye, gelaklah puas-puas macam setan.

Jadi gemuk salah, jadi kurus pun salah.

Lagi-lagi kalau mereka ni keluarkan statement depan orang ramai dengan niat konon nak bergurau tapi sebenarnya dia dah tertikam hati paling dalam. Ouch!

Tak payah nak menjatuhkan air muka orang lain. Sampai satu tahap, dua benda yang dekat dada pun derang bergurau memang rasa nak curahkan asid kat mulut sekoq-sekoq.

Tak semua benda kita boleh buat gurau terutama sekali tentang penampilan atau struktur badan orang lain. Orang tu gemuk ke, kurus ke, berjerawat penuh kat muka ke, hidung kembang semangkuk ke, bontot dia flat ke kita tak boleh nak buat gurau. Sebab dah memang itu yang Allah jadikan kita semua. Kita kena ingat, kita kena bersyukur.

Aku bukanlah orang yang sensitif tahap langit ke tujuh tapi nak bergurau tu agak-agaklah. Aku nak kata slim dak sangat nak kata gemok dak kot noh haha. Kau tak suka, kau pergilah ngorat perempuan yang kau suka. Aku akan jadi lebih sentap kalau orang lelaki yang dok mengomen. Kalau sekali dua cakap, oklah. Terima lah. Kalau tiap kali jumpa cakap benda yang sama? Tak bernanah telinga aku ni dengar? Rasa nak carutkan je.

Babi.

Ha, kan dah carut.
Walaupun babi bukan kategori carutan.
Hahahaha.

Dalam hidup ni, ada benda yang kita boleh buat gurau.
Ada benda yang lebih baik kau pergi jahit mulut kau.

Lega.

2 comments: