Monday, May 21, 2012

Inilah dunia

Hidup ini tak selamanya cerah, pastinya ada gelap dan cerah, pastinya ada hujan, ribut serta petir. 
Hidup ini juga tak selamanya manis, pasti akan ada kepahitan.
Lumrah hidup Allah menguji setiap hambanya untuk menguji iman seseorang. 
Setiap dugaan yang Allah bagi pada kita tanda Allah sayang pada kita.

Kalau kita fikir sejenak mesti kita risaukan semua perkara.

Risaukan perkara yang telah terjadi dan yang akan terjadi. 
Itu pasti, ya itu sudah pasti.

Allah aturkan kesusahan dan kesenangan untuk melihat sejauh mana kita bersyukur.

Pelajaran, peperiksaan, kerja, rumahtangga, rezeki, rumah, percintaan, makan, minum, assignment, kawan, kesihatan, ptptn dan banyak lagi.
Not a second, tipulah kalau kita tak perna berhenti untuk risau.
Orang kaya, risau kerana duitnya sudah banyak, orang miskin pula risau kerana tiada duit.
Itu sudah normal, ada kala kita di atas ada kala kita di bawah.

Bersyukur dengan setiap pemberian atas kurnianNya.

Kerana dengan bersyukur sesuatu nikmat itu akan kekal dan tetap menjadi milik kita.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Setiap kali kita ditimpa musibah, sentiasalah ingat masih ramai lagi yang mempunyai nasib yang teruk lebih dari kita.

Tiada masa untuk risaukan semua itu, 

Allah sudah aturkan perjalanan setiap umatnya.
Kita sebagai hambanya perlu berusaha dan berdoa.

Pasti kegembiraan dan senyuman akan dapat diukir.

Kehidupan kita tak panjang mana,

Esok lusa ajal pasti tiba...

Soal jodoh rezeki ketentuanNya.

Kita sebagai hambaNya pastikan menikmati dan menjaganya dengan baik.

Kalau hari-hari kita risau pasal bil air, bila masa kita nak mandi, buang air besar dan kecil.
Kalau hari-hari kita risau dan stress pasal assignment, bila kita berjaya.


Tutup mata, tenangkan hati dan tarik nafas.
Hembus....
Dan sebut "alhamdulillah, terima kasih Ya Allah"
Aku masih bernafas hingga ke saat ini.

No comments:

Post a Comment