Doa pada Tuhan,
kalau langkah awak silap,
dan tersungkur tak tertahan.
Doa pada Tuhan,
kalau ada resah,
dan tak gembira itu tersimpan.
Doa pada Tuhan,
kalau mahu sesuatu,
yang awak tak pernah tergembirakan.
Doa pada Tuhan,
kalau cinta itu hilang,
dan terpadam,
perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment